Neera Azizi selamat bernikah dengan mutawif pilihan hati, terima RM20,000 wang hantaran

Iklan

 

PELAKON dan penyampai radio, Neera Azizi kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Muhammad Hafizi Mohd Noor dengan sekali lafaz.

Iklan
Iklan

Menerusi portal berita tempatan, Muhammad Hafizi menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin, wang hantaran sebanyak RM20,000 dan sebentuk cincin.

Dalam majlis yang berlangsung di sebuah ruang acara di Subang Jaya, upacara ijab dan kabul itu menyaksikan pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Iklan

Berita perkahwinan penyampai Rakita itu dikongsikan laman sosial Instagram stesen radio berkenaan.

Iklan

Neera dan Muhammad Hafizi disatukan dalam majlis akad nikah pada pagi Jumaat iaitu sehari selepas ulang tahun kelahiran ke-26 pelakon itu.

"Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Neera Azizi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Hafizi Mohd Noor.

Artikel berkaitan:

Neera Azizi bertukar status, kini bergelar tunangan mutawif.'Lebih baik bercinta selepas kahwin'

"Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga cinta yang disemai terus mekar, dipenuhi rahmat dan kasih sayang, hingga ke syurga,"titip Rakita.

Menerusi laman sosial Instagram kakak Neera, Zeera Azizi pula sempat berkongsi momen sekitar akad nikah adik tersayang.

Pada Khamis, peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu sempat memuat naik hantaran di Insta Story mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

"Happy birthday adik, tomorrow is big day. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," kongsi Zeera.

Sekadar info, Neera dan Muhammad Hafizi yang merupakan seorang mutawif bertunang pada Oktober tahun lalu selepas pulang daripada menunaikan umrah.