Video tular Tun M keletihan berbasikal 9 kilometer,  tinggalkan program lebih awal 

Iklan

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat meninggalkan program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya pagi tadi lebih awal kerana keletihan dan tidak sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.

Memetik portal berita tempatan, Tun M terlebih dahulu tiba seawal 7.45 pagi dengan memandu sendiri, sempat berkayuh basikal secara ‘tandem’ bersama pegawai keselamatan khas, sebelum dilihat berehat seketika dan menikmati sarapan ringan.

Iklan
Iklan

Pun begitu, beliau dilihat meninggalkan program sekitar jam 10 pagi untuk pulang dan berehat di rumah.

Iklan

Difahamkan antara yang menunggu kehadiran beliau ialah isteri, Tun Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Program Picnic & Potluck difahamkan adalah sempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-100 dan ulang tahun ke-99 Tun Hasmah.

Iklan