Yusuf Bahrin akui rumah tangga dengan Zizi Kirana masih utuh. 'Saya dan dia tak pernah follow...'

Iklan

 

“ALHAMDULILLAH, semuanya okay. Saya tidak mempunyai aplikasi Threads, jadi tidak tahu mengenai dakwaan tersebut"

Iklan
Iklan

Demikian kongsi Yusuf Bahrin sekali gus menafikan dakwaan rumah tangganya bersama penyanyi, Zizi Kirana goyah.

Pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin itu juga memaklumkan hubungannya bersama Zizi berada dalam keadaan baik.

Iklan

“Setakat ini kami okay. Saya tidak nak beri reaksi apa-apa daripada kenyataan yang dibuat oleh netizen, saya hanya okay kan semua benda,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Yusuf turut mengulas mengenai saling tidak mengikuti laman sosial.

Iklan

Pelakon Sweet Dreams mendakwa ia bukan perkara baharu dalam hubungan mereka suami isteri dan tidak seharusnya diperbesarkan.

“Saya rasa benda itu tak ada apa-apa masalah pun sebab memang anda semua baru tahu kot sebab benda ni dah lama.

“Saya tak pernah follow dia, dan dia tak pernah follow saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya tak tahu nak cakap apa sebab benda ini orang tak tahu.

Sebelum ni, timbul spekulasi pasangan berkenaan dikatakan saling unfollow antara satu sama lain di Instagram. Tambahan pula, hantaran Zizi di Threads seolah sarat luahan yang terbuku di hati menuai perhatian warganet.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi berkahwin pada September 2021 selepas sebulan bertunang.

Kedua-duanya berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Sumber: Gempak