Zizi Kirana, Yusuf Bahrin saling unfollow di laman sosial, hantaran galau jadi perhatian. 'Tidak semua kepercayaan layak disematkan'

No Image Caption
A
A
A

 

PENYANYI Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin menjadi bualan ramai selepas dilihat saling tidak mengikuti di laman sosial Instagram.

Baru-baru ini, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, juga membuat hantaran galau yang memberikan pelbagai makna di Threads.

Pada 10 Jun, Zizi memuat naik hantaran berkenan kepercayaan dan kebaikan yang yang tersirat dan menimbulkan pelbagai andaian.

"Manusia dilahirkan dengan hati yang luas dan tangan yang terbuka untuk memberi. Namun seiring waktu, kehidupan mengajarkannya bahwa tidak semua kebaikan dibalas dengan kebaikan, dan tidak semua kepercayaan layak disematkan.

No Image Caption

"Maka, tetaplah menjadi dermawan dalam kasih, namun bijak dalam memberi; tetaplah percaya, namun jangan lalai menjaga hati. Kerana kebijaksanaan adalah ketika kau belajar dari luka, tanpa kehilangan kelembutan jiwa," titipnya.

Malah, pada 26 Jun iaitu sempena 1 Muharam, Zizi memberi bayangan seolah-olah sedang mengharungi masa yang getir.

Artikel Berkaitan:

"Tahun ini kita diuji, kita jatuh, tapi ALLAH masih beri kita peluang. Alhamdulillah, walau tak semua faham perjalanan kita, ALLAH tak pernah jauh.

"Ya Rabb, ampuni yang lepas, redai yang akan datang, dan jangan biarkan aku lalui semuanya tanpa- MU," tulisnya.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

Malah Zizi menerusi hantaran yang sama sudah berpindah ke rumah lain dan memaklumkan suasana kediaman baharu yang tenang dan sunyi.

"Vibe rumah baru memang ngam! Sunyi, tenang, bunyi-bunyi alam, sesuai untuk introvert!," titinya.

Namun, tinjauan pada laman sosial Yusuf tidak berkongsi hantaran bersifat peribadi dan hanya berkongsi hal berkaitan kerja-kerja.

Pelakon berusia 33 tahun itu kali terakhir memuat naik foto bersama Zizi adalah pada sambutan Aidilfitri lalu.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi berkahwin pada September 2021 selepas sebulan bertunang.

Kedua-duanya berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Sumber: Thread

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang