'Zara Qairina murid cemerlang dan aktif...' Tular pelajar meninggal dunia dipercayai jatuh tingkat 3 asrama, dakwaan dibuli undang pilu warganet 

Iklan

BARU-baru ini tular di laman sosial pemergian seorang pelajar dipercayai terjatuh di asrama. 

Menerusi perkongsian Facebook page Dun Sindumin Sipitang, pelajar berusia 13 tahun itu didakwa terjatuh dari blok penginapan pelajar itu. 

Iklan
Iklan

"Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan Tiga meninggal akibat terjatuh daripada aras tiga asrama.

"Zara Qairina berasal daripada Sipitang sebelum ini bersekolah di Sekolan Kebangsaan Pantai Sipitang akan dikebumikan di kuburan Tanjung Ubi, Masjid Mesapol," kongsinya.

Iklan

Dalam masa yang sama, halaman tersebut turut berkongsi dakwaan bahawa remaja itu telah dibuli serta menuntut agar kematiannya mendapat pembelaan.

"Sekiranya benar kematian Allahyarham ini disebabkan buli kami minta supaya semua yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan mereka! 

Iklan

"Adik Zara Qairina antara pelajar yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti di sekolah rendahnya sebelum ini. 

"Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan solehah," kongsinya yang turut menggunakan tanda tagar #justiceuntukzaraqairina #hapuskanbuli dan #keadilanuntukzara.

Sementara itu, hantaran TikTok dipercayai milik keluarga Allahyarham berkongsi situasi pilu ketika gadis kecil itu menerima rawatan.

"Kepada pembenci-pembenci anak saya, mungkin kamu sudah berpuas hati melihat keadaan ini. 

"Ingat, selagi kamu belum memohon maaf dan mengaku, saya juga tidak akan memaafkan kamu. Saya tahu nama-nama mereka yang selalu Zara sebut," kongsinya.

Hantaran berkenaan menerima lebih 1,300 reaksi daripada warganet yang rata-rata bersimpati dan mahu kematian remaja itu terbela.

"Pastikan pembuli-pembuli  berkenaan tu mendapat hukuman setimpal."

"Takziah buat semua keluarga anak syurga ini. Moga ada keadilan untuk arwah dan kebenaran akan terbongkar."

"Semoga si pelaku tidak aman hidup di dunia dan akhirat. Kami semua sayang Zara. Pemergianmu tak diduga. Insya-ALLAH  satu hari akan terungkap siapa pelakunya," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden buli yang didakwa berlaku terhadap seorang pelajar dan dilaporkan meninggal dunia.

Asyraf menerusi satu hantaran di Facebook melahirkan rasa sedih terhadap kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Sabah.

“Sedih pagi-pagi baca berita mangsa buli meninggal dunia di sebuah sekolah di Sabah. Kena ambil tindakan tegas terhadap pembuli.

“Semua pihak wajib ambil peduli isu buli dan tangani secara holistik,” katanya dalam hantaran itu pada Jumaat.

Andai dakwaan buli ini benar, diharapkan pemergian adik Zara Qairina diberikan pembelaan yang sewajarnya.

Sumber: Facebook, TikTok