‘Dari pentas hiburan kepada pertanian’ - Nubhan kini buka ladang seluas 4 ekar

Iklan

PENYANYI Nubhan yang pernah mencuri perhatian ramai menerusi program Akademi Fantasia kini kembali menjadi sebutan ramai disebabkan kejayaannya dalam bidang pertanian dan keusahawanan makanan.

Bukan lagi sekadar penyanyi, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mendedahkan, dia kini mempunyai ladang seluas empat ekar untuk produk keluarannya iaitu sambal tempoyak daun kayu yang diusahakan bersama ibunya dikenali sebagai Mak Jenny.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan sempat berkongsi momen penuh emosi ketika membawa ibunya meninjau ladang yang telah siap dibangunkan selepas hampir dua tahun bertungkus-lumus.

Iklan

“Akhirnya Mak Jenny dah ada ladang sendiri untuk buat sambal tempoyak daun kayu. Ladang ni keluasan empat ekar dan yang pasti ni bukan tanah Mak Jenny, tetapi asalnya hanya semak samun sahaja.

Iklan

“Ini proses saya ratakan tanah supaya mudah untuk kita menanam semua bahan sambal tempoyak ni. Sebenarnya, untuk buka ladang ni bukan satu kerja yang mudah, kena tahu tanam pokok dengan pokok mati, kena virus dan segala masalah lain.

“Setelah hampir dua tahun saya buka ladang ni dan baru kami bersedia untuk mengeluarkan sambal tempoyak daun kayu dengan bahan-bahan yang lengkap,” katanya.

Menurut Nubhan, antaran tanaman yang diusahakan termasuk cili api, cili besar, pokok kunyit, pucuk labu, pucuk mangun, kaduk, pucuk ubi, serai dan sebagainya yang digunakan bagi melengkapkan resepi sambal tersebut.

Dari pentas hiburan, kejayaan Nubhan menceburi bidang pertanian dan keusahawanan menjadi satu lagi contoh terutama kepada anak muda yang takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.