Ibu jari kaki Sathiya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman

Iklan

PELAKON dan pelawak veteran, Sathiya dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada ibu jari kaki kirinya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menerusi video yang dimuat naik di TikTok dengan menunjukkan keadaan terkini pelawak berusia 61 tahun itu.

Iklan
Iklan

“Dapat sahaja tahu tentang Sathiya, saya terus bergegas ke hospital dari Parlimen untuk ziarah beliau.

Iklan

“Ibu jari kaki kiri kena kuman dan perlu dipotong, kalau tidak boleh kena jangkitan pada badan,” katanya.

Menerusi video berkenaan, walaupun kaki masih berbalut, Sathiya sempat bergurau mengatakan dirinya masih sihat dan mampu bermain bola sepak.

Iklan

Selain itu, seorang jururawat turut berkongsi mengenai keadaan terkini pelawak itu yang terpaksa berpuasa kerana mengalami tekanan darah tinggi.

Dalam pada itu, Syerleena turut menghulurkan sumbangan kepada artis veteren tersebut atas jasanya yang menghiburkan orang ramai suatu ketika dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib menimpa pelakon berkenaan yang pernah menceriakan zaman kanak-kanak mereka.

Malah ada yang turut mendoakan semoga Sathiya diberikan kesembuhan.