Tak guna pembantu, jaga anak & senaman- Ini cara Uqasha kekal langsing tanpa diet ketat

Iklan

APABILA menyebut tentang nak dapatkan semula bentuk badan selepas bersalin, mesti ramai wanita angkat tangan.

Memang bukan kerja senang, apatah lagi nak kena urus anak kecil, berjaga malam dan dalam masa sama nak menjaga diri sendiri.

Iklan
Iklan

Pun demikian, pelakon cantik manis, Uqasha Senrose berjaya membuktikan yang semua itu boleh dicapai, asalkan ada usaha dan disiplin.

Iklan

Memetik Media Hiburan, isteri kesayangan Kamal Adli itu mengakui tidak perlu pun jalan pintas atau pembedahan pelik-pelik.

“Saya memang tiada pembantu, jadi semua kerja buat sendiri. Anak pun baru umur setahun, dan saya memang bangun malam tiga, empat kali,” kata Uqasha.

Iklan

Jika orang lain memilih untuk tidur sekiranya ada masa terluang, berbeza dengan adik Datin Nelydia itu apabila dia mengisi masa dengan aktiviti fizikal.

KAWAL PEMAKANAN

Dedahnya, antara aktiviti yang membantu menurunkan berat adalah main badminton dan pickleball, selain senaman-senaman ringan di rumah.

Bila ditanya pasal pembedahan atau cara ekspres, Uqasha memang tak setuju langsung.

“Kalau guna cara mudah sangat, takut nanti kesannya tak elok untuk badan. Bagi saya, lebih baik kita usaha perlahan-lahan tapi hasilnya kekal lama,” ujarnya lagi.

Walaupun sibuk dengan penggambaran drama yang panjang sehinggakan 50 episod, Uqasha tetap cuba kawal pemakanan.

“Bukan jenis diet ketat sampai tak makan langsung, tapi saya tahu bila masa nak ‘cheat’ sikit.

“Malah saya juga suka benda manis, tapi tahu had bila nak makan. Kadang-kadang kalau mengantuk sangat masa penggambaran, saya ambil sikit kek atau manisan, cukup sekadar naikkan tenaga,” katanya sambil tersenyum.

BENTUK BADAN IDEAL

Uqasha juga sempat pesan pada wanita di luar sana supaya jangan terlalu stres atau terpengaruh dengan standard yang tak masuk akal. Kurus bukan segalanya, yang penting sihat dan stabil.

"Fokus pada apa yang kita mampu buat dan kekalkan dalam jangka masa panjang,” ujarnya penuh makna.

Jelas sekali, pelakon berusia 32 tahun ini bukan saja kembali aktif lepas bersalin, tapi juga berjaya capai bentuk badan ideal tanpa memaksa diri.

Pilihan dia untuk kekal sihat dengan cara semula jadi bukan saja beri hasil, malah jadi inspirasi untuk ramai ibu muda di luar sana.