Fad Bocey sertai Suria FM – Gandingan padu bersama Ajak di pagi hari

Iklan

PELAWAK Fad Bocey kembali ke konti sebagai penyampai radio di Suria FM.

Menerusi kenyataan, Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam,sebagai penyampai baharu segmen Morning Morning Suria bermula Isnin, 4 Ogos 2025.

Iklan
Iklan

Fad bakal menghangatkan saluran berkenaan dengan berganding bersama Ajak pada Isnin hingga Jumaat pada jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Iklan

"Ia membawakan kombinasi energi dan elemen hiburan yang dapat menyuntik nafas baharu dalam segmen pagi Suria," katanya.

Iklan

Sementara itu, Kai Hassan kini kembali bersama Chiwan dalam Segmen Suria Petang setiap

Isnin hingaa Jumaat dari Jam 3 petang hingga 7 malam.

Sekadar info, Fad terdahulu  bersama dengan Hot FM mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali.

Fad meninggalkan Hot FM pada Januari 2023 selepas menyertai stesen radio itu pada 1 Mac 2021.