'Gigil sebab trauma, dia nampak apa yang orang tak tahu...' Pembantu dedah situasi Bella Astillah ketika sampaikan anugerah Sophia Albarakbah

Iklan

KEHADIRAN Bella Astillah menyampaikan anugerah kepada pelakon Sophia Albarakbah dalam satu acara baru-baru ini menjadi perhatian ramai.

Masakan tidak, momen berkenaan kelihatan canggung selepas Bella mengatakan amat mengenali pelakon berusia 32 tahun itu ketika mengumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat, yang dimenangi Sophia.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, bekas isteri Alif Aziz tersebut dilihat tidak dapat menyembunyikan reaksi janggal ketika menyerahkan trofi di atas pentas.

Sementara itu, pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq sempat berkongsi keadaan Bella ketika di pentas. 

Iklan

Ibu kepada dua cahaya mata itu sebenarnya bertarung dengan dengan trauma yang menimpa pada masa lalu.

"Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kepada hidup Bella dulu.

Iklan

"Dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tetapi tadi jadi seperti itu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. 

"Dia menggigil sebab trauma. Dia sahaja yang pernah nampak apa yang orang tidak tahu sehingga hari ini. 

"Sebab Bella selalu pesan kepada kami yang penting ALLAH tahu. Dia selalu percaya ALLAH akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar. #janganbuatinnocent," titipnya.

Terdahulu, Sophia berkata enggan mengambil serius insiden yang berlaku di pentas Anugerah Melodi Terhangat dan memilih untuk kekal profesional.

Pelakon kacukan Melayu, Arab dan Cina itu juga tidak mahu memperbesarkan situasi yang boleh mengundang salah faham.

"Okay sahaja, sebab saya dalam industri yang sama.

"Saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang… masih terkejut sebenarnya.

"Saya tak rasa kena sindir pun. Mungkin itu cara dia (Bella) sampaikan anugerah dan saya bersyukur sangat dapat penghargaan ini," katanya lagi.

Aktres jelita berkenaan pernah dikaitkan dengan pelakon Aliff Aziz pada tahun 2023. 

Bella suatu ketika telah mendedahkan, seorang pelakon wanita menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Pelakon yang tidak disebutkan nama didakwa telah beberapa kali membuat panggilan telefon dan menghantar mesej kepada bekas suaminay yang juga juara Gegar Vaganza 9 sehingga dipercayai mengganggu keharmonian rumah tangga mereka ketika itu.

Sekadar info, Bella dan Aliff berkahwin pada 2016 dan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5.