PELAKON jelita Sophia Albarakbah membuat laporan polis berhubung berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya, baru-baru ini.
Tidak dapat menahan sebak, pelakon berusia 32 tahun itu menyerahkan segala persoalan kepada peguamnya, Aizat Izuan Shakeel.
Aizat menjelaskan, Sophia terkesan susulan dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat.
"Anak guam kami, Sophia amat terkesan dengan segala perkara yang telah berlaku sejak seminggu ini.
"Bermula daripada selepas dia dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat yang mana kita semua tahu adalah perkara yang berlaku. Saya pun tak nak sentuh.
"Saya boleh jawab bagi pihak dia, kalau soalan mengenai kesan, ia amat mendalam. Jadi sebab itulah akhirnya, hari ini anak guam saya mengambil keputusan berani tampil membuat tuntutan daripada sudut undang-undang.
"Pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jangan biarkan lagi ada mana-mana artis, selebriti atau orang awam yang menjadi mangsa kepada buli siber," jelasnya.
Ditanya sama ada menyesal atau tidak menerima anugerah berkenaan, Aizat menjelaskan malam anugerah berkenaan sepatutnya momen yang menggembirakan.
"Dia memang bersyukur atas kemenangan dan berterima kasih kepada semua yang telah mengundi, tetapi tidak sangka dirinya tidak dapat menikmati momen berkenaan walaupun dalam masa 24 jam.
"Sebenarnya sejak dinobatkan kemenangan itu sampailah dia pulang ke rumah, perasaan gembira itu masih ada until the moment, dia menerima komen di Instagram.
"Dia mula melihat posting-posting yang dibuat oleh portal dan netizen," kongsinya.
Terdahulu, Sophia memenangi anugerah yang telah disampaikan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Sumber: Media Hiburan