Wan Sofea Aini harumkan nama Malaysia, rangkul johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa. 'Ibu bapa, suami & anak pembakar semangat'

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat qariah Malaysia, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi mencipta kejayaan mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai juara  Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65.

Qariah dari Terengganu berusia 31 tahun itu mencatat  mencatat markah sebanyak 95.88 peratus bagi mengatasi peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) dan wakil Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus).

Iklan
Iklan

Memetik temu ramah daripada video tular, Wan Sofea Aini terharu dengan kejayaan yang diraihnya biarpun diri sedang diuji selesema.

Iklan

"Dorongan utama saya, kedua ibu bapa yang dari awal sentiasa menyokong. 

Iklan

"Saat saya rasa putus asa, ibu dengan ayah sentiasa memberi semangat supaya jangan berhenti berjuang. Teruskan. Sehinggalah saya sampai ke tahap ini. 

"Begitu juga dengan suami dan anak-anak saya. Mereka yang membakar semangat saya," kongsinya.

Wan Sofea Aini, anak kelahiran Bukit Payong, Terangganu bermula mempelajari teknik taranum seawal usia 12 tahun dengan bimbingan ibunya sendiri.

Beliau yang juga alumni Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Membawa tema 'Membangun Ummah MADANI', MTHQA ke-65 yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos menghimpunkan 71 peserta dari 49 negara.

Sumber: Facebook