Ariz Arop dedah konflik dengan Anna Jobling, rela masuk penjara demi kasih seorang ibu. 'Tak semua orang gembira kita anak beranak...’

Iklan

RASANYA baru melihat kelibat ibu dan anak ini yang hadir penuh ceria di Anugerah Melodi Terhangat 2025 baru-baru ini, berpegangan tangan dan tersenyum mesra di khalayak ramai.

Namun siapa sangka, di sebalik momen bahagia itu, tersembunyi ujian getir yang sedang mereka lalui.

Iklan
Iklan

Sebuah pergolakan hubungan yang menguji ketabahan seorang ibu, Ariz Arop, terhadap anaknya, pelakon muda Anna Jobling.

Iklan

Ariz baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan di media sosial apabila mendedahkan bahawa pelakon Setia Itu Mahal telah mengambil tindakan membuat perintah injunksi terhadapnya.

Kecewa dengan layanan yang diterima, Ariz tidak gentar menghadapi apa jua akibat dan menyerahkan segala ujian yang menimpanya kepada ketentuan ALLAH SWT.

Iklan

“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu.

"Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda saja. ALLAH SWT ada, ALLAH Maha Adil,” luah Ariz dengan penuh kesungguhan.

Memetik Mstar, dalam hantaran yang sama, Ariz turut berkongsi keadaan tangannya yang kemerahan dan bengkak akibat mengetuk cermin pintu kereta yang dikunci dari dalam.

“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, saya jadi panik tiada pilihan. ALLAH ada, DIA tak tidur,” tulisnya sambil berkongsi detik penuh pilu ketika berada di balai polis sambil menitis air mata.

Bukan sekadar perkongsian kata-kata, Ariz juga menyelitkan lagu-lagu penuh makna seperti Syurga Di Telapak Kaki Ibu dendangan Aishah dan Hapuslah Air Matamu oleh Allahyarham Sharifah Aini, seolah-olah mengungkapkan rasa hatinya yang terluka.

Lebih memilukan, wanita itu turut meluahkan perasaan bahawa bukan semua orang senang melihat kebahagiaan mereka berdua.

“Sebelum ‘event’. Tak semua orang gembira bila kita anak beranak gembira. Banyak mulut jahat meracun, merobek kebahagian kami termasuklah ahli keluarga sendiri.

"ALLAH akan bagi keadilan. Macam mana aku sakit, kalian akan lagi sakit,” katanya penuh emosi.

Walaupun kelihatan akrab di khalayak, hubungan Ariz dan Anna dilihat semakin renggang apabila wanita itu tidak lagi mengikuti ibunya di Instagram, membayangkan ada jarak yang memisahkan mereka kini.

Semoga baik-baik untuk ibu dan anak ini, apapun masalah, harapnya dapat diselesaikan dengan baik dan hubungan kembali jernih. Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, begitulah jua dengan hubungan anak beranak, kan?