Bekas editor hiburan Rosli Manah meninggal dunia

Iklan

BEKAS editor dan wartawan majalah hiburan, Rosli Manah, 56, meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor akibat komplikasi diabetes pada jam 12.59 tengah hari tadi.

Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil turut menitipkan ucapan duka atas pemergian Allahyarham.

Iklan
Iklan

"Takziah kepada keluarga bekas editor hiburan, Rosli Manah yang meninggal dunia tengah hari tadi. 

"Allahyarham banyak berjasa dalam usaha memartabatkan industri hiburan tanah air selama hampir 30 tahun. 

Iklan

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," kongsinya di Facebook. 

Iklan

Memetik Awani, Rosli yang mesra disapa Che Li  dimasukkan ke Hospital Kajang beberapa hari sebelum sambutan Aidiladha untuk mendapatkan rawatan kencing manis sebelum keadaannya merosot akibat penyakit tuberkulosis.

Susulan itu, Allahyarham dimasukkan ke wad pengasingan untuk menjalani pemantauan rapi dan rawatan lanjut bagi penyakit tibi dan kencing manis.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Asmah Ghani, 58 dan tiga orang cahaya mata lelaki berusia 20 hingga 29 tahun.

Asmah berkata, dia dan anak-anak reda menerima pemergian Rosli memandangkan arwah telah lama sakit.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia kewartawanan, Allahyarham pernah ditugaskan di meja mahkamah dan hiburan sebelum mengetuai majalah hiburan tersohor, URTV selaku editor pada era 2000-an.