Kereta Shuib bukan dicuri, rupanya ditunda MBSA kerana tersalah parkir

Iklan

MISTERI kehilangan kereta pelawak dan usahawan, Shuib akhirnya terjawab selepas kenderaan itu ditemui dalam keadaan baik di Shah Alam.

Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, menjelaskan kereta Toyota CHR kuning miliknya bukan hilang atau dicuri seperti yang disangka ramai, tetapi telah ditunda oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana kesalahan parkir.

Iklan
Iklan

Pemilik jenama Sepah Penyet itu memberitahu, kenderaan tersebut sudah ditemui dalam keadaan baik selepas disimpan pihak berkuasa tempatan.

“Kereta itu sebenarnya hanya salah letak sahaja. Saya tak mahu panjangkan cerita.

Iklan

“Kereta okey dan sudah dapat. Mamat yang beritahu saya kereta itu ada di MBSA,” katanya dipetik portal berita tempatan.

Ketika diminta mengulas tentang keprihatinan orang ramai yang turut membantu mengesan kenderaannya, Shuib menyatakan rasa kagum dan terharu dengan sikap rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan semangat saling membantu.

Iklan

“Ya memang ramai cakna, orang hendak tolong carikan sebab rakyat Malaysia memang prihatin.

“Untuk yang kecam dan beri pelbagai andaian itu macam mana lagi, hadap sahaja. Saya okey sahaja. 

"Itu bukan kereta kesayangan, itu kereta untuk hantar anak ke sekolah,” ujarnya. 

Terdahulu, suami kepada Watie Hanifiah itu berkongsi situasi cemas kehilangan sebuah kereta miliknya di sebuah kawasan parkir di Shah Alam selepas selesai berurusan di Mahkamah Shah Alam.

Tidak pasti sama ada kenderaan tersebut ditarik atau dicuri, Shuib meminta orang ramai membantu untuk mengesannya.

Sumber: Kosmo