Isteri Along Cham dedah hanya sekali terima nafkah- ‘RM500 sahaja…’

Iklan

ISTERI kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi, 33, mendedahkan bahawa sepanjang tempoh perkahwinan, dia hanya menerima nafkah daripada suami sekali sahaja dengan jumlah RM500.

Menurut Afreena, perkara itu bukanlah isu besar buat dirinya kerana dia bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, namun menyifatkan nafkah adalah kewajipan asas yang perlu dipikul seorang suami.

Iklan
Iklan

“Selama berkahwin dengan dia, saya tidak ingat berapa bulan. Sekali sahaja saya dapat nafkah daripada dia iaitu RM500. Tapi saya harapkan pun dia akan beri saya beribu.

Saya bekerja, ada duit sendiri, ada pendapatan sendiri. Cuma itu adalah asas yang perlu diberi kepada isteri.

Iklan

"Malah sepanjang kes berlangsung pun dia tidak beri apa-apa nafkah, tapi saya okey. Itu tanggungjawab dia, dia patut tahu, tapi tiada,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Sepang selepas selesai prosiding pengesahan lafaz taklik mereka.

Iklan

Ditanya sama ada akan membuat tuntutan mutaah selepas kes pengesahan lafaz taklik diselesaikan, Afreena berkata perkara itu akan dirujuk kepada peguam.

“Saya tidak pentingkan diri pun tapi ini privasi. Biar saya berbincang dengan peguam nanti,” jelasnya ringkas.

PERHATIAN UMUM

Sementara itu, disoal adakah kes rumah tangga mengganggu reputasinya, Afreena tidak menafikan terkesan pada awalnya, namun akhirnya merasakan dia masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Tipulah kalau saya kata tidak terjejas sebab kes ini mendapat perhatian umum tetapi saya sedar masa akan berlalu kerana orang boleh menghukum macam-macam.

“Bagi saya, ia tidaklah menjejaskan sangat reputasi. Cuma, kes ini berlarutan terlalu lama dan mengganggu masa kerana perlu berulang-alik ke mahkamah,” katanya.

Terdahulu, suaminya, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap Afreena selepas mendakwa isterinya melanggar tiga perkara yang dipersetujui tahun lalu termasuk tidak patuh arahan dan membelakangkan suami.

Keputusan kes mereka akan diketahui pada 30 September depan.

Pasangan itu bernikah pada 4 April 2024 yang juga merupakan perkahwinan kedua Along selepas berpisah dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaannya.