20kg lenyap dengan disiplin tinggi! Zul Ariffin tampil ‘lean’ lepas 2 bulan training all out

Iklan

PELAKON kacak berbadan sasa, Zul Ariffin kembali mencuri perhatian peminat selepas muncul dengan fizikal terbaharunya yang lebih 'lean' dan padu.

Hasil daripada latihan intensif selama dua bulan dalam dunia tinju, hasil komitmen luar biasa dan disiplin tinggi akhirnya membuahkan hasil.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama Zulkifli Ariffin, 38, mendedahkan perubahan itu dicapai bukan dari latihan tinju beberapa jam sehari, malah melibatkan diet rendah karbohidrat dan rendah gula.

Iklan

"Genap dua bulan penuh pengorbanan. Turun 20 kilogram (kg), dari 101kg kepada 81kg.

"Dua kali pengsan, sekali hidung berdarah dan macam-macam lagi. Migrain, pening kepala, karbo rendah, gula pun rendah, semua pun low! Tapi tetap juga latihan dua hingga tiga jam setiap hari," kongsinya.

Iklan

Dalam hantaran pada 30 Jun, pelakon Sheriff: Narko Integriti itu berkata, ia proses transformasi dan penurunan berat badan yang paling berjaya sejak sembilan tahun lalu.

"Ia bukan mudah. Malah, inilah antara cabaran paling besar yang pernah saya tempuhi setakat ini. Kali terakhir saya cuba buat macam ni, sembilan tahun lepas. Itu pun turun cuma 12kg.

"Saya cakap nak buat, jujurnya masa tu pun tak yakin sangat boleh capai. 

"Tapi kadang-kadang kita kena kuatkan hati dan redah," kongsinya.

Warganet memuji kecekalan Zul dan menjadikan ia inspirasi. Tidak kurang juga yang 

"Amazing transformation! Congratulations! Your hardwork paid off Zul."

"Bodygoals, memang idola."

"Sememangnya  pelakon yang luar biasa. Tepukan gemuruh atas kerja keras dan dedikasi kamu Zul."

"2 bulan, 20kg! Segalanya tak mustahil, padu beb!"

Difahamkan, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 itu terlibat dengan pembikinan filem terbaharu berjudul The Furious.