'SEMOGA ALLAH reda dengan segala usaha kalian.'
Demikian ungkap Nadzmi Adhwa selepas isteri tercinta, Ardell Aryana bertolak bagi menjayakan misi kemanusiaan di G4z4.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Hati Perempuan itu memuat naik video yang menyentuh hati. Saling menitiskan air mata, Ardell dilihat melambaikan tangan dan berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Ia diikuti kapsyen yang meruntun hati dan penuh pengharapan.
Detik perpisahan itu sarat dengan emosi, menyentuh hati ramai netizen. Ramai yang meluahkan rasa kagum dan terharu melihat pengorbanan pasangan itu, lebih-lebih lagi Nadzmi yang rela melepaskan isteri tercinta demi misi kemanusiaan, meskipun terpaksa berjauhan buat sementara waktu.
Artikel penuh:
- ‘Doakan isteri saya…’ – Nadzmi sebak, Ardell sertai Misi Bantuan Kecemasan Sabah
- 'Masa salam tu comelnya, siap tunduk.' Gelagat anak Ardell Aryana teruja ke sekolah curi tumpuan, siap berjubah & tudung!
- Tahniah! Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua
"Allahuakbar, semoga ALLAH melindungi kalian," tulis Lilysufi.
"Sangat kagum dan hormat dengan suami serta keluarga Adel. Mereka bukan sahaja memberi sokongan, malah meredai dan mengizinkan pemergiannya untuk berjihad.
Ya ALLAH, permudahkanlah setiap urusan Ardel dan pasukannya. Lindungilah perjalanan mereka. Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dalam lindungan-MU," kongsi The Noorh.
"Semoga Ardell Aryana dan seluruh pasukan selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Momen ketika dia memeluk suaminya benar-benar menyentuh hati.Moga syurga buat Nadzmi Adhwa yang dengan penuh redha dan keikhlasan, mengizinkan isteri tercinta berjuang demi saudara kita di G4z4," titip Zarin Nurlieyda.
Sekadar info, pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019. Hasil perkongsian hidup, Nadzmi dan Ardell dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram