Rebecca Nur Al Islam minta diberi ruang, belum bersedia kongsi isu perceraian. 'Doakan saya dan anak-anak'

Iklan

PELAKON Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru mengundang tanda tanya warga maya mengenai status perkahwinannya.

Dalam perkembangan terkini, ibu kepada tujuh cahaya mata itu enggan memberi sebarang komen ketika diminta mengulas dakwaan keretakan rumah tangganya bersama Datuk Nur Azman Sulaiman.

Iklan
Iklan

Memetik laporan OhBulan!, Rebecca yang berusia 39 tahun merayu agar semua pihak memberinya ruang untuk bertenang, sambil memohon doa agar dirinya terus dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini.

"Bagi saya ruang sekejap dahulu. Saya amat hargai keprihatinan semua pihak.

Iklan

"Terima kasih kerana memahami keadaan saya, terus doakan saya dan anak-anak," katanya.

Iklan

Terdahulu, hantaran dan status profail Instagram Rebecca mengundang tanda tanya para peminat.

Memaklumkan dirinya sebagai 'single mother of 7' dan sudah mencuba sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga, Rebecca yang mesra dengan nama Mummy Becca turut berterima kasih pada Norazam atas kenangan selama 18 tahun.

Sekadar info, Rebecca berkahwin dengan Datuk Norazam yang merupakan peguam dan ahli perniagaan pada 14 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan sembilan orang anak yang mana lima daripadanya merupakan anak kandung, dua orang anak tiri dan dua orang anak angkat.

Sumber: OhBulan