BERITA mengenai keretakan rumah tangga pemain Selangor FC, Faisal Halim dan isteri Nur Syazwani Mizuana Shahril mengejutkan ramai.
Mendedahkan hubungan mereka berada di ambang perpisahan, Nur Syazwani menerusi Insta Story mendedahkan permohonan perceraian tersebut bukanlah yang pertama kali sepanjang enam tahun usia rumah tangga mereka.
Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu mendedahkan sudah sedaya upaya mempertahankan rumah tangga mereka. Malah anak kelahiran Pulau Pinang itu juga menegaskan hanya dia yang tahu perkara sebenar yang berlaku.
"Saya yang lebih tahu kehidupan saya. Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, daripada susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, daripada sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik," kongsinya.
Wanita berusia 26 tahun itu juga mengakui situasi yang sedang dihadapi bukan sesuatu yang mudah dan pernah menghadapi penceraian sebelum ini. Jelasnya, keputusan yang diambil hari ini sangat sukar dan bukan dibuat secara mudah atau tergesa-gesa.
"Saya cuba mempertahankan tetapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya.
"Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat," kongsinya.
Lebih memilukan, ibu muda itu juga berkongsi pernah melalui situasi terpaksa balik kepada keluarga atas kehendak pihak lain.
"Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik. Ibu disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya.
"Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendaknya," titip Nur Syazwani.
Artikel berkaitan:
- 'Bangga dengan awak, terus kerja kuat dalam bola sepak.' Faisal Halim bangkit kuat semangat cari rezeki, isteri setia di sisi
- Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian
- 'Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak
- Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. 'Ayah tidak cukup duit beli kasut bola....'
- Sebaknya! Sempat sujud syukur, Faisal Halim tampil bertopeng kembali ke padang
Terdahulu, Malaysia dikejutkan dengan berita permohohan cerai Nur Syazwani terhadap Faisal hari ini yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Sekadar rekod, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu berkahwin dengan Syazwani, 26, pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.