Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian
BERITA pemain Selangor FC, Faisal Halim cedera disimbah asid mengejutkan ramai. Apatah lagi apabila ia berlaku hanya beberapa beberapa hari selepas serangan ke atas pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.
Susulan serangan pada petang Ahad itu, Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan mengalami kecederaan melecur tahap kedua yang melibatkan bahagian dada, lengan, bahu dan leher.
Baca juga: Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital
Malah, menurut sumber di laman sosial Facebook, baju yang dipakai Faisal juga turut kelihatan cair selepas kejadian!
Berikut adalah rangkuman kronologi dan info penting berkaitan kejadian berkenaan:
1-Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kira-kira jam 5.51 petang berhubung kejadian berkenaan.
2-Panggilan dibuat oleh orang awam memaklumkan Faisal mengalami kecederaan akibat disimbah cecair dipercayai asid.
3-Ketika itu Faisal atau mesra dipangggil Mickey berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
4-Difahamkan kejadian berlaku ketika pemain itu dihampiri dua individu tidak dikenali bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.
5-Hussein memaklumkan siasatan lanjut berkaitan kejadian dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
6-Sementara itu, menerusi laporan Stadium Arena, semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan penyerang adalah palsu dan dipercayai motosikal curi.
7-Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) meyiasat perkara itu dengan sepenuh perhatian bagi menangkap pelaku berkenaan.
8-Baginda bertitah meluahkan kebimbangan terhadap insiden berunsur keganasan melibatkan nyawa dan menyeru pihak yang mempunyai maklumat jelas tentang perkara itu tampil untuk memberikan laporan dan kerjasama kepada PDRM.
9-Sementara itu, Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor, yang juga pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), turut mengutuk insiden tidak bermoral berlaku kepada Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
10-Tunku Ismail atau TMJ mengecam sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa kedua-dua pemain bola sepak kebangsaan itu dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.
11-Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di media sosialnya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Kata Hannah, 'no violence in sports' dan meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku.
12-PDRM menerusi Sumber Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata kejadian yang berlaku ke atas dua pemain kebangsaan dipercayai tiada hubung kait.
Baca juga: 5 info menarik Nouhaila Benzina, pemain bola sepak wanita pertama berhijab
Baca juga: Harta melebihi Cristiano Ronaldo, Messi, Neymar, 10 fakta menarik pemain bola terkaya Faiq Bolkiah
13-Bagaimanapun, kenyataan kedua-dua mangsa amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan. Buat masa ini, ia lebih tertumpu kepada mencari motif dan pelaku kes berkenaan.
Warga maya meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan itu dan berharap jenayah dapat dikekang segera.
Ramai yang mendoakan agar pemain berusia 26 tahun itu sembuh segera di samping mencadangkan laman 'troll' bolasepak perlu dibenam segera.
"Semoga cepat sembuh. Haramkan yang melakukan perbuatan tersebut masuk dalam stadium di seluruh negara. Moga pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap pelaku tersebut," ujar Hasan Bin Isa Jorona.
"ALLAH masih sayang. Kalau kena dekat mata berkuburlah karier Faisal Halim. Semoga pelaku ditangkap dan diheret ke muka pengadilan," komen Razid Rohani.
"Page troll bola sepak perlu dibenam segera. Posting mereka sentiasa menyemai kebencian dan menjadi punca pergaduhan sesama penyokong.. PDRM sila pantau & ambil tindakan," kata Mohd Farhan Ahmad.
"Melecur tahap dua boleh meninggalkan parut. Malah untuk sembuh perlu mengambil masa kira-kira tiga minggu. Terlepaslah perlawanan Piala Sumbangsih. Moga PDRM menyiasat kes ini sewajarnya," titip Ahmad Shukri.
Khamis lalu, pemain bola sepak selepas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Susulan kejadian, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.
Sama-sama kita doakan dua pemain hebat tanah air ini sembuh segera!
Sumber: Sinar Harian 123, Sinar FM, stadiumastro, Harian Metro
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang