Duit tak pernah cukup? Semak kewangan anda dengan mudah!

Iklan

PERNAH  tak rasa gaji masuk sekejap je habis? Atau pening kepala bila nak buat pinjaman sebab tak pasti layak atau tidak?

Sebenarnya, ramai je yang alami perkara sama. Oleh itu, penting untuk ambil tahu keadaan kewangan sendiri, bukan sekadar tengok baki akaun, tetapi juga faham bagaimana rekod kewangan boleh mempengaruhi masa depan.

Iklan
Iklan

Salah satu cara nak tahu kedudukan kewangan adalah dengan semak laporan kredit.

Ia ibarat 'rekod kesihatan kewangan'. Segala pembayaran pinjaman, tunggakan, dan hutang yang belum selesai akan dicatat.

Iklan

Sekiranya tidak diperiksa, ia boleh menyukarkan kita bila nak buat pinjaman rumah, kereta atau peribadi.

Di sinilah MyPoket memainkan peranan. Diasaskan oleh Awis Qurni Bin Zakariah, platform ini memberi panduan dan konsultasi kewangan berdasarkan laporan kredit.

Iklan

Ia bukan bank atau pemberi pinjaman, tetapi membantu pengguna memahami kedudukan kewangan mereka serta membuat perancangan yang lebih bijak sebelum membuat keputusan kewangan penting.

Selain itu, semakan laporan kredit secara berkala adalah penting, sama seperti pemeriksaan kesihatan.

Dengan mengetahui keadaan kewangan semasa, kita boleh mengambil langkah awal sekiranya terdapat rekod yang kurang baik, dan memudahkan perancangan untuk masa depan.

Urus kewangan bukan tentang berapa banyak duit yang ada, tetapi bagaimana kita faham kedudukan sendiri dan bijak merancang.

Bila kewangan jelas, hidup lebih tenang dan yakin untuk membuat keputusan kewangan yang penting.