PENYANYI dan pelakon Alif Satar meluahkan rasa bangga apabila isterinya, Shadila Halid berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer.
Berkongsi video larian yang disertai Shadila, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu turut berkongsi perjalanan yang dilalui suri hatinya hanya mengetahui hamil selepas mendaftarkan diri untuk larian berkenaan.
Namun, difahamkan aktiviti itu hanya diteruskan selepas mendapat lampu hijau daripada doktor.
"Satu lagi pencapaian dan aku sangat bangga denganmu. Hari ini, saya, anak-anak, nama dan ayah menjadi penyokong untuk Shad. Dari dulu lagi, aku selalu ajak Shad berlari atau berlatih bersama, tapi dia tak pernah nak ikut.
"Tiba-tiba, dia kata, “Sayang, saya sudah daftar untuk Boom Run.”
"Dan apabila dapat tahu yang kehamilan, Shad langsung tidak berlatih selama sebulan. Ditambah pula dengan alahan (morning sickness).
"Saya beritahu Shad, lebih baik kita tunggu sampai doktor bagi lampu hijau dulu," kongsinya.
Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 35, pencapaian itu bukan sahaja mengejutkannya, malah memberi inspirasi kerana tidak mudah untuk melakukan aktiviti lasak dalam keadaan berbadan dua.
Sekadar info, Alif dan Shadila, 41, berkahwin pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.