'Saya bersyukur, gembira Fatima di sisi ' - Fazura

Iklan

PELAKON dan usahawan Fazura menghargai kebimbangan para peminat yang prihatin akan keadaan dirinya.

Membalas hantaran peminat di Thread, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 42, itu menyatakan sangat bersyukur puterinya, Fatima sentiasa ada bersama.

Iklan
Iklan

Pengguna Thread dikenali sebagai Farah Amira terdahulu bertanya khabar dan menyatakan kebimbangan terhadap pelakon Gol & Gincu itu.

"Hi sis @missfazura. Saya cuma ingin mengingatkan bahawa bersendirian bukanlah satu kelemahan. 

Iklan

"Ia adalah peluang untuk menemui kekuatan yang lebih dalam diri, mencipta kenangan indah bersama Fatima tersayang dan menghargai cinta yang benar-benar bermakna.

Iklan

"Awak adalah seorang wanita dan ibu luar biasa yang layak mendapat lelaki yang menghormati, menghargai, dan memberikan cinta serta kebahagiaan yang awak berhak terima.

"Teruslah kuat, teruslah anggun dan yakinlah bahawa hari-hari yang lebih indah menanti awak dan Fatima. Sentiasa menyokong awak dan menyayangi awak," titip pemilik akaun @aimfarahaamira.

Sementara itu, Fazura menerusi akaunnya, @missfazura memberikan kenyataan yang cukup menenangkan.

Pemilik jenama tudung Fazura itu memberikan reaksi positif, penuh kasih sayang dan penghargaan buat wanita itu.

"Hai Farah. Usah bimbang, saya adalah wanita yang paling bersyukur dan paling bahagia kerana memiliki cinta hati saya, Fatima, di sisi. 

Para peminat rata-rata memberikan sokongan buat Fazura.

Sekadar info, Fazura dan aktor Fattah Amin sah bercerai talak satu pada 10 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, mereka yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya, 5.