'Amira akan jadi ibu tiri yang sangat baik, Fattah pula memang bapa penyayang' - Pengurus

Iklan

PENGURUS kepada aktor Fattah Amin, Sakirin atau lebih dikenali sebagai Aca yakin bakal isteri pelakon itu, penyanyi Amira Othman mampu menjadi ibu tiri yang baik buat puteri tunggal Fattah, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sebuah rakaman dokumentari yang tular, Aca dalam sebak turut menitipkan pesanan menyentuh hati buat pasangan itu.

Iklan
Iklan

Sakirin Aca

“Fattah pula memang seorang bapa yang penyayang,” katanya.

Iklan

Dalam video yang sama, Aca mendoakan agar ikatan yang bakal dimeterai 14 September ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Saya harap hubungan kamu berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat dan akhirnya dipertemukan semula di dalam syurga,” ujarnya.

Iklan

Terdahulu, status hubungan Fattah dan Amira menjadi teka teki sehingga masing-masing mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga.

Bakal diijab kabul pada hari ulang tahun kelahiran Fattah ke-35, difahamkan, majlis bakal diadakan di sebuah hotel di Johor Bahru.

Sekadar info, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai talak satu pada 10 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya, 5.