'Abang Fattah orang baik, kami nampak greenflag' - Irfan Haris kongsi detik awal percintaan Amira Othman 

Iklan

SELEPAS pengumuman bakal berlangsungnya perkahwinan Amira Othman dan Fattah Amin, ramai yang membuka cerita sebenar tentang hubungan kedua-duanya termasuk adik bongsu penyanyi itu, Irfan Haris.

Menerusi siaran langsung di Tiktok, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan, segalanya bermula ketika rundingan untuk menggunakan perkhidmatan Fattah sebagai model dalam klip video Amira berjudul Bila Nak Kahwin.

Iklan
Iklan

Ujarnya lagi, pihak keluarga pada mulanya mengusik dan cuba menyatukan dua selebriti itu selepas melihat sifat baik atau 'greenflag' yang ada pada Fattah. 

Adik beradik Amira Othman

Iklan

"Setelah Abang Fattah single, kami tengok cara dia bercakap tenang, chill dan sangat cool. Nampak Abang Fattah orang baik. Kita sudah nampak green flag di situ.

"Green flag ini lelaki yang nampak dulu. Saya adik yang bongsu, abang sulung, Sadiq, abang kedua saya, Haikal, kami boleh baca lelaki itu ok atau tidak termasuklah abah kami.

Iklan

"Jadi, bila kita nampak Abang Fattah sangat baik orangnya, jadi kami 'racun' dan cucuk-cucuk lah. Kebetulan kakak saya memang single," kongsinya.

Tangkap layar klip video Bila Nak Kahwin nyanyian Amira yang menampilkan Fattah Amin

Menurut Irfan, Amira pada mulanya mempunyai senarai talent yang dicadangkan untuk klip video berkenaan dan mula berurusan dengan pengurus Fattah, Sakirin Aca.

"Saya rasa kakak saya ni pun pergi meeting untuk konten lagu Bila Nak Kahwin. Ada beberapa nama pelakon lelaki, termasuk Abang Fattah Amin.

"Ia bukan kebetulan, semuanya takdir. Saya rasa Kak Ya ni sudah lama kenal Aca. Selepas nama itu keluar, dia pun cubalah deal dengan Aca," kongsinya.

Difahamkan, ketika itu Fattah sedang menunaikan umrah di Tanah Suci. Lebih manis lagi, duda hot itu dikatakan sempat berkirim salam kepada Amira menerusi pengurusnya.

"Kalau tak silap saya Abang Fattah tanya Aca,"Kau text apa tu?". Lepas tu Aca maklumkan tengah menghantar mesej dengan Amira.

"Abang Fattah kirim salam kepada kakak saya. Itulah detik-detik permulaannya," kongsi Irfan.

Sekadar info, pasangan tersebut dijadualkan akan berkahwin pada 14 September 2025, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35. 

Majlis pernikahan djangka akan berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru.

Sumber: TikTok