Konfeti merah biru, Syasya Rizal umum hamil anak kedua, cetus spekulasi kembar

Iklan

PENYANYI dan pelakon, Syasya Rizal, 24, mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video di media sosial dengan cara kreatif apabila Syasya dan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, meletupkan konfeti berwarna merah jambu dan biru.

Iklan
Iklan

Aksi tersebut sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat sama ada ia sekadar pengumuman jantina bayi ataupun petanda pasangan itu bakal menimang cahaya mata kembar.

Menjengah ke ruang komen, ramai dalam kalangan peminat serta rakan artis meluahkan rasa teruja dengan berita tersebut, malah ada yang mula meneka sejak Syasya memuat naik video memperlihatkan ‘baby bump’ baru-baru ini.

Iklan

Untuk rekod, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.

Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, yang lahir 23 Disember 2024.

Iklan

Khabar gembira berkenaan nyata menambahkan lagi warna dalam perjalanan hidup Syasya yang sebelum ini dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan Dolla.