Ibu Ardell Aryana bakal jalani pembedahan potong dua kaki - 'Keadaan mama agak lemah'

Iklan

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berada di lautan dalam perjalanan ke bumi G4z4 untuk misi Global Sumud Flotilla.

Dalam menghadapi saat genting di lautan menuju wilayah bergolak itu, Ardell menerima berita mengejutkan bahawa ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan dijadualkan menjalani pembedahan pemotongan kedua-dua belah kaki akibat komplikasi kesihatan yang serius.

Iklan
Iklan

Salah seorang sukarelawan Sumud, PU Rahmat Ikhsan berkongsi  khabar duka itu dan memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan dipermudahkan.

Iklan

"Mohon doakan salah seorang peserta sukarelawan Sumud Nusantara. Ibunda Ardell selamat, sihat dan kembali ceria seperti biasa.

"Saya dan kru Muslim juga akan melakukan solat hajat di atas kapal," titipnya pada Rabu.

Iklan

SinarPlus yang menghubungi pengurusnya, Eriey, dimaklumkan ibu Ardell, Sawiyah Abdullah  kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk dibedah.

Kata Eriey, ibu Ardell perlu dibedah bagi susulan diabetes.

"Asalnya pembedahan hanya merangkumi pangkal jari sahaja.

"Buat masa ini keadaan mama agak lemah. Mama sendiri belum tahu mengenai hal ini (pembedahan)," katanya.

Imbas kembali penyertaan Ardell dalam  Global Sumud Flotilla, Eriey mendedahkan hal berkenaan hanya diketahui pelakon berkenaan sehari sebelum bertolak menyertai misi kemanusiaan terbesar di dunia itu.

Difahamkan, Ardell  bersama delegasi dalam perjalanan tanpa henti menuju ke G4z4.