‘Saya terima dengan hati terbuka’ – Liyana Jasmay jawab isu teguran seksi

Iklan

PELAKON dan penyanyi, Liyana Jasmay, tampil memberikan reaksi selepas berdepan teguran daripada seorang penceramah bebas yang menegur penampilannya dianggap terlalu seksi.

Menurut Liyana, 37, dia memilih untuk menerima setiap komen baik dan buruk dengan hati terbuka tanpa menyimpan sebarang rasa marah.

Iklan
Iklan

“Apa sahaja komen baik dan buruk saya menerima dengan hati terbuka. Saya tidak mahu komen lebih, apa sahaja yang orang kata, tiada rasa marah atau sakit hati.

“Semoga doa-doa yang baik itu akan berbalik pada saya dan mereka yang doakan. Kalau ada yang bercakap tidak baik, saya maafkan,” katanya ketika ditemui media.

Iklan

Liyana berkata demikian ketika pelancaran single terbaharunya, Terluka di Bukit Damansara pada Selasa.

Dalam masa sama, Liyana yang juga seorang penerbit dan pengarah itu turut menegaskan bahawa dia tidak pernah berkecil hati dengan pandangan umum, kecuali jika ada individu berkata buruk mengenai ibu bapanya.

Iklan

“Kalau jumpa saya tepi jalan, janganlah tidak menegur saya. Saya tidak pernah ambil hati kecuali mereka bercakap tentang arwah ibu bapa saya. Itu sahaja yang buat saya sakit hati,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Papadom itu mengakui tidak membaca komen di media sosial mahupun laporan berita yang membincangkan penampilannya.

“Itu hak mereka. Bila kita seorang selebriti, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat. Jadi apa sahaja yang ingin katakan terpulang pada diri sendiri. Saya tidak mahu menghalang atau marah.

“Saya tidak baca komen netizen dan berita sebab ada banyak benda nak buat. Biasanya orang sekeliling yang akan maklumkan pada saya,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, Liyana tidak lupa menitipkan pesanan positif buat pengikutnya.

“Jangan risau, saya maafkan semua dan komen-komen anda. Saya terima dengan hati terbuka dan terima kasih di atas doa anda. Semoga kita semua menjadi orang yang lebih baik, Insya-ALLAH,” katanya.

Sebelum ini, Liyana berdepan kecaman hebat apabila penampilannya dikritik kerana dianggap terlalu seksi. Namun, bintang kelahiran Kuantan itu secara jujur mengakui dirinya gemar bergaya demikian, meskipun tetap menjadikan nasihat yang baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Susulan isu itu, kenyataan Liyana turut mendapat reaksi daripada penceramah bebas, PU Syed, yang menegaskan soal berpakaian perlu dilihat berdasarkan hukum halal dan haram.

Menurutnya, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung dosa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi setiap individu yang mengikutinya.