A Aida dikejarkan ke ICU, rakan mohon doakan cepat sembuh

Iklan

PENERBIT, pelakon dan penulis skrip terkenal, Datuk A Aida dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital Kuala Lumpur.

Berita duka itu disampaikan rakan yang juga pendakwah terkenal, Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

"Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat sekalian mendoakan kekanda dan sahabat saya, Datuk A Aida yang sekarang ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu negara.

"Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan," kongsinya.

Iklan

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada rakan industri, kenalan rapat dan peminat yang rata-ratanya terkejut serta mendoakan kesembuhan buat penerbit tersohor itu.

Iklan

Ruangan komen dibanjiri ucapan doa agar ahli perniagaan tersebut diberikan kekuatan dan segera pulih seperti sediakala. 

Setakat ini, punca sebenar beliau dimasukkan ke ICU masih belum didedahkan. 

A Aida, 55, atau nama sebenarnya Zaidah Awang, merupakan antara figura penting dalam dunia seni tanah air, terkenal dengan karya-karya popular dan komitmennya dalam menerbitkan drama serta telefilem tempatan.

Semoga A Aida segera diberikan kesembuhan.

Sumber: Facebook