A Aida ditidurkan, Faradhiya bengkak mata menangis kesedihan. '15 tahun berkawan, dia ibarat kakak. Doa saya bersamanya'

Iklan

PERKEMBANGAN kesihatan penerbit, pelakon dan penulis skrip terkenal, Datuk A Aida, mengejutkan ramai pihak. Aktres Farahdhiya meluahkan kesedihan dengan situasi kesihatan rakan rapatnya itu.

Menerusi Instagram, pemilik nama Nur Farahdhiya Mohd Amin mengakui tidak dapat menahan air mata mengetahui Aida yang sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi.

Iklan
Iklan

Mengenang kembali persahabatan yang bermula pada 2010, aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu meluahkan perasaan risau dan sedih.

"Kami sudah berkawan lebih 15 tahun. Dia ibarat kakak saya. Banyak kenangan yang kami cipta bersama selama ini.

Iklan

"Kami berkongsi banyak perkara iaitu perasaan, cerita dan suka duka kehidupan.

Iklan

"Kadang-kadang kami bergaduh macam adik-beradik, tapi jauh di sudut hati  tahu kami saling menyayangi. Kami terlalu kenal satu sama lain," luahnya.

Pada masa sama, pelakon Spa Q dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium itu mendedahkan, sempat berbual dengan Aida sebelum tidak sedarkan diri, namun wanita itu tidak memaklumkan tentang pembedahan yang dijalani.    

"Saya sempat bercakap dengan awak semalam sekejap, awak seperti biasa. Tak pula awak beritahu apa-apa tentang pembedahan lutut itu.

"Saya risau sangat tentang awak. Mata saya bengkak, tidak boleh berhenti fikir pasal awak. Doa saya sentiasa bersama awak Kak Aida.

"Saya tunggu berita tentang kakak dengan penuh debar dan tak sabar nak jumpa kakak.

"Semoga ALLAH permudahkan segalanya dan kurniakan akak kesembuhan. Aamiin," kongsinya.

Aida terdahulu menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu dan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi.

Difahamkan, sewaktu fisioterapi, Aida meminta izin ke tandas kerana ingin muntah. Bagaimanapun, wanita berusia 55 tahun pucat dan rebah sebelum segera dibawa ke katil.

Pendakwah, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memaklumkan, Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang kini di bawah pemantauan rapi hospital.

Mohd Izhar turut merayu orang ramai mendoakan sahabatnya itu agar segera sembuh.