‘Halalkan makan minum saya…’ – Yusuf Bahrin dedah last contact dengan Zizi Kirana 1.40 pagi, sebak ingat pesanan & permintaan maaf isteri

Iklan

TIADA yang lebih meruntun jiwa seorang suami selain terputus hubungan dengan isteri tercinta di saat getir.

Itulah yang dirasai pelakon Yusuf Bahrin apabila komunikasi terakhir bersama isterinya, penyanyi Zizi Kirana, terhenti sekitar jam 1.40 pagi.

Iklan
Iklan

Lebih memilukan, Zizi ketika itu berada di atas kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju G4z4 sebelum ditahan oleh Pasukan Pertahanan Isr4el (IDF).

Sejak talian terputus, Yusuf tidak lagi dapat menghubungi isterinya walaupun berkali-kali mencuba.

Iklan

“Kita sama-sama tak tidur malam ini. Saya rasa dia dah buang telefon sebab langsung tak dapat hubungi lagi. Saya cuba mesej, cuba telefon, tapi gagal.

“Kali terakhir status kapal yang dinaiki Zizi ditandakan kecemasan. Masa itu saya hanya mampu doa dan kuatkan semangat di sini.

Iklan

"Kali terakhir berhubung pun 1.40 pagi tadi. Kapal Heliza di belakang, jadi sebab itu dia masih sempat buat siaran langsung,” katanya sebak.

Yusuf juga menjelaskan, berdasarkan penjejak digital (tracker), kapal Zizi berada dalam situasi kecemasan sebelum talian terputus.

Dia bagaimanapun memaklumkan, kapal lain seperti Hadi Izzah dan beberapa lagi masih sempat membuat siaran langsung kerana berada di posisi lebih belakang.

“Saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat. Doakan mereka semua. Saya tak dapat lagi nak hubungi dia selepas itu, memang 1.40 pagi itulah mesej terakhir,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkongsiannya bersama Astro Awani, pelakon tersebut mendedahkan perbualan bersama isteri kesayangannya itu.

“Dia telefon beritahu lega sangat dapat mandi sebab sepanjang sebulan mereka hanya guna air laut sahaja. Dia juga beritahu sudah bersedia dan minta saya doakan yang baik-baik,” katanya.

Lebih menyentuh hati, kata Yusuf, Zizi itu turut memohon maaf dan meminta dihalalkan makan minumnya sepanjang hidup sebagai isteri sebelum talian itu ditamatkan.

Dalam perkembangan sama, Yusuf yang juga pelakon popular ternama menerima panggilan daripada Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) sekitar jam 8.30 pagi yang memintanya hadir ke pusat berkenaan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai isterinya.

DUNIA MASIH PRIHATIN

Dalam pada itu, ketika menggambarkan suasana di G4z4, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu menyifatkan kedatangan flotila sebenarnya sangat dinanti-nantikan penduduk tempatan, walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan sebagai balasan.

“Bayangkan, mereka dah tunggu di tepi pantai, termasuk budak-budak kecil. Dorang tak ada apa pun, tapi tetap nak sambut flotila dengan hati terbuka.

“Mereka gembira sebab tahu dunia masih prihatin. Walaupun ramai di G4z4 tiada akses media sosial, tapi bila nampak misi ini tular di seluruh dunia, mereka sedar ada yang peduli. Itu yang buat mereka teruja menanti,” jelas Yusuf lagi.

Menurut pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, pengalaman ini seharusnya membuka mata dunia bahawa GSF hanya membawa misi kemanusiaan, bukan provokasi atau konflik baharu.

Lelaki itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu mengadakan solat hajat dan terus mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang kini berdepan ancaman penahanan oleh tentera Israel.

Difahamkan, kapal yang dinaiki Zizi iaitu Huga telah dipintas tentera Israel, manakala dua lagi kapal iaitu Sirius dan Alma yang membawa tujuh lagi delegasi Malaysia turut ditahan dalam misi yang sama.

Sumber: Instagram hibglam.com.my