TITIPAN pilu suami Datin Heliza Helmi, usahawan Datuk Mahadi Badrul Zaman saat isterinya itu memasuki zon merah misi Global Sumud Flotilla (GSF) menyentuh hati.
"Aku meredaimu kerana ALLAH. Jumpa nanti insya-ALLAH,” titipnya pada ruangan komen.
Dalam masa yang sama, Mahadi, 41, memohon doa orang ramai selain reda dan menyerahkan sepenuhnya kepada ALLAH demi perjuangan kemanusiaan.
"34 jiwa dari Malaysia berlayar membawa misi kemanusiaan ke G! Salah satunya adalah zaujahku @nurhelizahelmi
"Mereka kini baru memasuki ‘red zone’ dan akan tiba ke G very soon insya-ALLAH. Teruskan berdoa lebih dari biasa, semoga semuanya selamat sampai dan pulang dengan kemenangan #globalsumudflotilla #sumudflotilla," kongsinya.
Warganet meluahkan rasa pilu dan mendoakan keselamatan Heliza.
Kapal dinaiki Heliza dan adiknya Nur Hazwani Afiqah dipintas tentera Zionis di perairan G4z4, pagi Khamis.
Sekadar info, Heliza berkahwin dengan Mahadi pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majlis itu mengejutkan ramai kerana tiada khabar tentang hubungan mereka sebelum itu.
Sumber: Instagram