PELAKON Anna Jobling mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima trofi Outstanding Asian Star – Malaysia menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah! pada Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Majlis berprestij yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV itu menyaksikan Anna berdiri sebaris dengan bintang Asia lain yang diiktiraf di pentas global.