AKTIVIS dan pelakon Ardell Aryana dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian bahu dan telah dirawat di hospital di Turkiye.
Suaminya, pelakon, Nadzmi Adhwa, 32, memaklumkan situasi yang menimpa Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menerusi hantaran di laman sosial Threads.
“Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell, bahu dia koyak. Allahuakbar.
“Semoga yang memperlakukan isteri saya itu mati dalam keadaan paling teruk sekali. Amin,” katanya.
Dalam hantaran berlainan, pelakon drama berantai Hati Perempuan itu memberi amaran kepada pihak yang cuba membuat dakwaan tidak benar berhubung situasi yang menimpa isterinya ketika ini.
“Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini sebab itu dia kena. Sebab views dia paling tinggi?
“Siapa cakap bukan-bukan pasal bini saya siap. Dunia sedang memerhati,” ujarnya.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Ardell telah dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan susulan selepas mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan ketika berada dalam tahanan tentera Isr4el.
Pelakon berkenaan dipercayai telah diperlakukan dengan kejam oleh rejim Zionis, termasuk rambutnya ditarik dengan kasar dan mukanya ditumbuk, sehingga menyebabkan kecederaan ketika kapal yang dinaiki bersama para sukarelawan dipintas oleh tentera Israel
Sekadar info, seramai 23 aktivis dari Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla telah ditahan oleh tentera rejim Zi0nis selepas kapal yang dinaiki mereka dipintas di perairan antarabangsa berhampiran G4z4.
Sumber: Threads