Ibu mentua Mila Jirin meninggal dunia. '16 tahun bersama, pesan mama al-Mulk, al-Kahfi jangan tinggal'

Iklan

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin kehilangan ibu mentuanya, Nooriah Omar, pada 30 September lalu susulan serangan jantung.

Berita duka itu dikongsikan Mila menerusi satu hantaran di media sosial yang menyentuh hati.

Iklan
Iklan

Menurut Mila, arwah ibu mentuanya yang mesra dipanggil Mama telah tinggal bersama keluarganya sejak 2015 dan hubungan mereka sangat rapat, ibarat ibu dan anak kandung.

Dalam coretannya, Mila turut berkongsi kenangan terakhir bersama arwah, termasuk masakan air tangan Mama yang menjadi kegemaran sekeluarga, serta pesanan-pesanan akhir yang cukup menyentuh jiwa.

Iklan

"Minggu terakhir sebelum mama pergi, saya dan suami terlalu sibuk. Ulang-alik dari Puchong ke Melaka hampir seminggu.

"Sampailah malam Sabtu, nama telefon dan beritahu sakit dada. Kami ke hospital dan doktor sahkan serangan jantung. Mama tenang saja,seolah tahu masa hampir tiba.

Iklan

"Pada Subuh 30 September,saya dengar suami jawab telefon. Jantung mama berhenti enam minit. Kami bergegas ke hospital dan doktor beri peluang bersama mama buat kali terakhir.

Petang sebelum tu, mama sempat senyum dan ucap 'Insya-ALLAH' bila saya kata, 'Jumpa esok, Mama.' Rupanya itu insya-ALLAH terakhir mama," kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, pemilik nama sebenar, Norsyarmilla Jirin sempat mengimbas kenangan menguruskan jenazah dan memberi penghormatan terakhir buat ibu mentuanya. Malah beliau juga berkongsi sisi peribadi Allahyarham yang berpegang teguh kepada agama.

"Saya sendiri mandikan jenazah mama, dan kami bawa pulang ke Pulau Pinang. Seperti yang Mama selalu sebut, “nak balik kampung…”

"Balik ke rumah, terasa sunyi. Tiada lagi sambutan “Waalaikumsalam” apabila buka pintu. Di bilik mama, ada gambar Arif di sisi katil dan al-Quran kesayangannya yang tertulis catatan: “Tarikh Nooriah khatam Quran.”

"Tahun ini sahaja Mama dah khatam dua kali. Mama sangat menjaga solat, rajin puasa sunat dan hari sebelum pergi pun mama sedang berpuasa.

"Pesan mama yang saya akan ingat selamanya, baca Al-Mulk setiap malam dan 10 ayat awal serta akhir Al-Kahfi, jangan tinggal. Moga syurga buat mama,” kongsinya di Instagram.

Warga menitipkan ucapan takziah buat Mila dan keluarga serta mendoakan agar roh Allahyarham ibu mentuanya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sekadar info, Mila,38, mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Isz Mustapha, 46, pada November 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki,  Mohd Arif Zikri yang kini berusia lapan tahun.