'Kalau tersenarai saya buang sekarang'– Intan Najuwa tegas isu boikot produk sebelum beli, netizen puji sikap peka

Iklan

KETIKA ramai selebriti sibuk berkongsi gaya hidup mewah di media sosial, pelakon jelita Intan Najuwa pula menarik perhatian dengan sesuatu yang berbeza.

Bukan kerana gaya atau jenama yang digayakan, tetapi kerana pendiriannya sebagai pengguna yang peka.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata perempua itu memuat naik sepotong video di TikTok memperlihatkan dirinya membuka bungkusan berisi set perkakas dapur dipercayai daripada jenama antarabangsa.

Namun, apa yang disangka hanya perkongsian biasa berubah menjadi perbualan hangat apabila ada netizen mempersoalkan, adakah jenama itu termasuk dalam senarai boikot produk yang dikaitkan dengan Isr4el?

Iklan

Tanpa mengambil masa lama untuk menjawab, pelakon berusia 27 tahun itu tampil memberi penjelasan dengan tenang dan matang.

Menurutnya, dia sudah membuat semakan terlebih dahulu sebelum membeli barangan berkenaan.

Iklan

"Tapi jenama ini tidak tersenarai pula,” jelas pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu lagi.

Intan menegaskan yang dia juga bukan pembeli sembarangan dan sentiasa berhati-hati agar setiap produk yang digunakan tidak bercanggah dengan prinsipnya sebagai pengguna yang bertanggungjawab.

"Serius, kalau tersenarai, saya akan buang semua barang itu sekarang juga,” katanya dengan jujur.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil menyokong dan menasihatkan agar Intan tidak terburu-buru membuang barangan berkenaan. Ramai juga yang mengesahkan bahawa jenama tersebut memang tidak berada dalam senarai boikot rasmi.

“Tak apa Intan, tak semua jenama luar negara ada kaitan dengan Isr4el. Awak dah semak dulu pun dah cukup bagus,” tulis seorang pengguna.

“Terbaik Intan! Tak ramai artis yang ambil berat isu ini. Sekurang-kurangnya awak peka dan cuba buat yang terbaik,” komen seorang lagi.

Selain itu, ramai turut memuji pendekatan Intan yang tidak melatah atau memandang ringan isu boikot, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan dengan nada berhemah dan bertanggungjawab.

Bagi Intan, gaya hidup moden tidak semestinya bertentangan dengan prinsip dan kesedaran sosial.

Dalam dunia hiburan yang sering dikaitkan dengan kemewahan dan jenama antarabangsa, sikap berhati-hati sebegini menunjukkan sisi lain dirinya, seorang wanita muda yang bijak menyeimbangkan keanggunan dengan nilai moral.

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak dramatik ini bukan hanya menyerlah di layar kaca, tetapi kini turut dipuji kerana kepekaan terhadap isu global.

Ia juga menjadi contoh bagaimana selebriti boleh menggunakan pengaruh media sosial untuk menyebarkan kesedaran dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengikut.

Fenomena boikot bukan sekadar isu tular namun ia melibatkan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang semakin diambil berat oleh pengguna di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Tindakan kecil seperti menyemak sebelum membeli atau bertanya sumber sesuatu produk adalah langkah besar ke arah perubahan.