Resepsi meriah - Fattah Amin, Amira Othman diraikan di Johor Bahru

Iklan

PENGANTIN baharu popular, Fattah Amin dan Amira Othman diraikan dalam satu majlis yang meriah di  Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor, Johor Bahru pada Sabtu.

Selamat diijab kabul pada 14 September lalu, pasangan itu kali diraikan dalam majlis bertemakan tradisional Melayu. Kedua-dua mempelai bersanding di atas pelamin berlatarkan ribuan kuntum bunga berwarna merah.

Iklan
Iklan

Fattah dan Amira elegan dengan persalinan busana hasil tangan pereka fesyen terkenal, Fiziwoo. Fattah menggayakan baju Melayu teluk belanga Johor, manakala Amira anggun dengan kurung moden rona senada.

Iklan

Suasana majlis menjadi lebih bermakna apabila bapa Amira, Othman Abd Kadir mengalunkan lagu dengan iringan piano.

Iklan

Lebih istimewa, adik-beradik Amira turut menyanyikan lagu Rindu Bayangan secara langsung dengan iringan piano daripada ayah mereka, menceriakan suasana dan para tetamu yang hadir.

Majlis berkenaan yang diserikan dengan cara memotong pulut kuning.

Sebelum ini, Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sah bergelar suami kepada Amira dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, yang bertindak sebagai jurunikah mewakili bapa pengantin perempuan.

Sumber: Berita Harian