Pelakon veteran Charlie Nu'man meninggal dunia, hidap kanser usus tahap empat

Iklan

DUNIA hiburan tanah air menerima berita duka kembalinya pelakon veteran Charlie Nu’man Salleh ke rahmatullah pada usia 71 tahun. 

Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah dalam kenyataan berkongsi, Charlie Nu’man atau nama sebenarnya Nu'man Mohd Salleh  menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi di rumah anak perempuannya di Sri Rampai, Kuala Lumpur. 

Iklan
Iklan

"Allahyarham disahkan menghidap kanser usus tahap empat selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini," kongsinya.

Pemergian aktor senior itu meninggalkan tujuh cahaya mata iaitu tiga daripada perkahwinan pertama dan empat daripada perkahwinan kedua.

Iklan

"Kepada mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada arwah boleh ke rumah anak perempuan arwah di alamat No 4, Jalan 59/26 Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih, selepas Zohor.

Iklan

"Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga," kongsinya.

Allahyarham banyak membintangi  drama dan iklan televisyen.