Siti Saleha profesor adjung Taylor’s University. 'Teruja memulakan lembaran baharu...'

Iklan

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Siti Saleha yang dilantik sebagai profesor adjung bagi program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian) Taylor’s University.

Hal itu dikongsikan fakulti School Liberal Arts & Science yang mengumumkan pelantikan pelakon berusia 35 tahun itu di laman sosial rasminya.

Iklan
Iklan

"Kami teruja mengalu-alukan kehadiran pelakon Malaysia yang pernah memenangi anugerah, Siti Saleha sebagai Profesor Adjung kami!

"Dengan pengalamannya yang luar biasa dalam industri televisyen dan perfileman, dia bakal membawa perspektif baharu serta inspirasi yang bermakna kepada program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Kepujian) kami. 

Iklan

"Selamat datang ke keluarga kami, Profesor Adjung Siti Saleha!," kongsinya.

Iklan

Sementara itu, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum itu menerusi ruangan komen berbesar hati, bersyukur dan teruja untuk memulakan peranan berkenaan.

"Ia benar-benar bermakna untuk berkongsi, belajar dan berkembang bersama minda-minda yang begitu menginspirasikan. Semoga kita dapat membentuk kisah-kisah yang melangkaui ruang kelas!" titipnya.

Saleha terdahulu pernah dinobat Bintang Asia Terbaik - Malaysia pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024.

Pada tahun 2020, drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia TV3 lakonannya berjaya meraih rating berjumlah 12 juta penonton sepanjang 33 episod dan menjadi sohor kini di media sosial.