'Moga lembut hatinya untuk saya dan anak' - Isteri Nubhan

Iklan

SEDANG menghadapi kemelut rumah tangga, isteri kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Nubhan Ahamad, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, menzahirkan perasaan terharu susulan sokongan moral orang ramai.

Berhadapan detik genting dan sukar dalam perkahwinan yang berusia sedekad, Dr Afifah masih berharap suaminya itu mampu berlembut hati demi masa depan keluarga.

Iklan
Iklan

“Hari ini hati saya sedikit terubat apabila terbaca kata-kata semangat daripada kalian. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Nubhan, ya.

“Semoga ada kelembutan di hatinya untuk saya dan anak-anak. Bolehkah begitu? Bolehlah, ya,” tulisnya pada laman sosial Thread.

Iklan

Terdahulu, Dr Afifah yang hadir prosiding pertama pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Sepang berkata beliau masih sayangkan keluarga dan menolak punca keretakan akibat orang ketiga.

Iklan

Beliau terus terang masih sayangkan keluarga dan berharap rumah tangga yang dibina selama 10 tahun itu dapat diselamatkan.

Untuk rekod, Nubhan telah melafazkan cerai terhadap isterinya pada 26 Ogos lalu ketika berada di dalam kereta.

Penyanyi itu juga didakwa pernah melafazkan cerai pada tahun 2017, namun kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Sekadar info, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.