Sampai sanggup bayar RM5,000 – Ardell dedah ada pihak desak mahu tahu lokasinya! - 'Saya tak takut'

Iklan

PENGLIBATAN pelakon Ardell Aryana sebagai aktivis kemanusiaan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini menjadi perhatian ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, aktres berusia 35 tahun itu mendedahkan telah menerima ugutan daripada individu hingga sanggup membayar dalam jumlah besar hanya untuk mengetahui lokasi keberadaannya.

Iklan
Iklan

"Sebab saya sedang menghadapi beberapa ujian. Jadi, saya tak kisahlah orang nak komen, orang nak ugut.

Iklan

"Ada sampai call manager saya, tawar upah RM5,000 untuk tahu lokasi saya sahaja. Marah-marah, paksa untuk tahu lokasi saya. Saya tak kisah pun sebenarnya, saya tak takut pun atas ugutan tu.

"Cuma saya terfikir berapa orang bayar kalian ni untuk tahu lokasi saya? Sampai begitu sekali hendak tahu," kongsinya.

Iklan

Muncul dalam sesi live pertama kali selepas pulang dari GSF, Ardell turut mengucapkan terima kasih lepada semua yang memberi sokongan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan memohon maaf kepada.

"Sejak balik hari tu, belum berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua.

"Ini adalah first live saya dan kali pertama muncul kat media sosial (selepas pulang). Saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan sokongan dari awal pelayaran sehingga habis .

"Kalian masih menyokong saya dan saya  ingin meminta maaf juga andai kata ada melukakan hati sesiapa sebabkan saya berdiam diri," kongsinya.

Terdahulu, Ardell yang pernah ditahan tentera penjajah haram telah menerima ugutan 'diapa-apakan' anaknya jika tidak mengikuti arahan mereka.

Sumber: TikTok