'Kita bukan kehilangan, tapi memulangkan hak...' – Bella Park kongsi pengalaman vanishing twin syndrome, reda hanya satu janin sihat

Iklan

KHABAR gembira tentang kehamilan Bella Park baru-baru ini disulami kisah yang penuh emosi apabila pelakon dan pengacara ini mendedahkan bahawa dia mengalami Vanishing Twin Syndrome. 

Pemilik nama penuh, Nurul Nabila Zolkepli terdahulu meluahkan rasa syukur dan terharu apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun menimang cahaya mata pertama.

Iklan
Iklan

Bella, yang kini sedang hamil anak kembar, berkongsi menerusi laman Thread bahawa salah satu janinnya tidak membesar dan telah tiada.

Iklan

“Pernah dengar tentang Vanishing Twin Syndrome? Itu yang Bella sedang hadapi. Bella mengandung baby kembar tapi sayangnya satu dah tak ada. Bella reda,” ujar Bella dengan tenang.

Namun begitu, Bella bersyukur kerana satu lagi janin berada dalam keadaan baik. 

Iklan

“Alhamdulillah, satu lagi baby tu dalam keadaan baik-baik sahaja. Apa saja yang jadi, pasti ada hikmah. 

"ALLAH lebih mengetahui. Kita bukan kehilangan tapi memulangkan hak yang SATU, moga ALLAH pelihara hingga ke kelahiran. Amin,” tambahnya lagi.

Isteri kesayangan Haikal Anuar ini juga menekankan rasa syukurnya terhadap rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa. 

“Yang kita doa minta kat ALLAH nak anak, ALLAH bagi rasa dua seketika dalam rahim tapi tak ada rezeki dua-dua, ALLAH jaga satu lagi. 

"Syukur alhamdulillahdah, saya memang ok. Dua-dua kami laki bini memang happy yang baby satu lagi tu sihat. Itu sahaja,” kata Bella dengan penuh ketenangan.

MEMULANGKAN HAK

Kisah Bella ini mendapat sokongan padu daripada pengikutnya di media sosial. 

Ramai yang berkongsi pengalaman sama dan memberikan kata-kata semangat. 

“Same like me last year. Bertahan sampai 13 minggu je pstu hilang. Tinggal 1 je. Tapi akhirnya ALLAH ambil juga yang satu lagi. Doa yang baik-baik. Take care.”

Manakala seorang lain, ada mengingatkan tentang hikmah di sebalik setiap kejadian:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Selalu saya pegang ayat ni supaya lebih tenang dan redha. ALLAH Maha Mengetahui… be strong Bella.”

“Ralat rasa. Tapi betul kata Bella, memulangkan hak yang SATU. Semoga Bella dan baby sihat, selamat melahirkan. ALLAH sebaik-baik Perancang. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk Bella & suami. Moga segalanya dipermudahkan.. Bella & baby sihat dan selamat melahirkan nanti.. Insya-ALLAH.. Aaminn.”

Sekadar indo, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama namun berpisah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Danial Nazran atau lebih dikenali sebagai Nenel, yang kini berusia 10 tahun.

Situasi seperti ini bukan sahaja menuntut kekuatan emosi, tetapi juga pengharapan yang tinggi. 

Pempengaruh media sosial itu bersama suaminya  nyata cukup tabah dan tenang dalam menghadapi ujian hidup, sambil tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan ALLAH.