‘Penuhilah hatiku dengan sabar dan reda..’ - Status penuh emosi isteri Nubhan raih perhatian ramai

Iklan

ISTERI kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu status penuh makna di platform Threads miliknya.

Dalam perkongsian ringkas namun sarat dengan emosi itu, Dr Afifah menulis doa yang berbunyi:

Iklan
Iklan

“Ya ALLAH, kuatkanlah imanku, jauhkan aku dari kelemahan dan putus asa, dan penuhilah hatiku dengan sabar dan reda.”

Ungkapan berbaur ketabahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia terus kuat menghadapi dugaan rumah tangga.

Iklan

Antara komen yang ditinggalkan warganet berbunyi, “Apa yang ALLAH tentukan adalah yang terbaik. Saya doakan ALLAH makbulkan semua doa Dr Fie, dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan dada.”

Iklan

Seorang lagi pengguna menulis, “Andai tak berjodoh lagi, saya doakan Dr dapat pasangan yang lebih baik, jadi sahabat dunia akhirat, saling menyenangkan hati dan memudahkan pasangan.”

Sebelum ini, Sinarplus melaporkan rumah tangga Nubhan bersama Dr Afifah kini dalam proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai hantaran berkenaan, rata-rata netizen menyifatkan perkongsian itu sebagai tanda kekuatan dan kebergantungan Dr Afifah kepada Tuhan dalam mencari ketenangan serta reda dengan ketentuan Ilahi.