Suami Safura Yaacob, aktor Sahronizam bakal jalani pembedahan akibat tumor. 'Bukan shooting, ini real'

Iklan

PELAKON Sahronizam Noor, 53, bakal menjalani pembedahan memotong tulang belikat (atau skapula) susulan tumor.

Menerusi perkongsian aktor Azhan Rani, Sahronizam, akan dibedah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi esok.

Iklan
Iklan

"Bukan shooting, ini real. Kuatlah sahabatku. Mohon yang mengenalinya sama-sama doakan agar beliau kuat dan pembedahan yang dijadualkan pagi esok pagi di HKL berjalan lancar. 

"Satu lagi ujian besar untuknya. Baru mendapat tahu semalam, doktor sahkan bahagian scapula (belakang bahu) kanannya ada tumor. 

Iklan

"Pembedahan esok akan menyebabkan bahagian bawah scapula kanan dia akan dipotong. 

Iklan

"Semoga ALLAH melindunginya, diberikan kesembuhan segera dan beroleh rezeki yang lebih baik selepas ini. Terus tabah dan kuat sahabatku," titip Azhan.

September lalu portal berita tempatan berkongsi pelakon Pontianak Harum Sundal Malam I dan II itu ujian kesihatan selepas disahkan mempunyai tumor di bahagian kanan belakang badannya.

Ketika itu, dia masih menunggu pengesahan doktor sama ada tumor itu bersifat benign (bukan kanser) atau malignan (kanser).

Difahamkan, aktor tersebut sudah lama mengalami bengkak pada bahagian berkenaan namun tidak rasa serius kerana ia tidak menyakitkan.

Dia kemudian mula lenguh bahagian tangan dan walaupun berurut, sakit itu tetap tidak hilang.

Bengkak itu semakin membesar dan menyenga, lelaki itu kemudian membuat pemeriksaan di klinik kesihatan dan dirujuk ke hospital dan X-ray masih menunjukkan ketulan di bahagian scapula.

Sementara itu, HKL mengatakan ketulan itu adalah 100 peratus tumor, tetapi kepastian hanya boleh diperoleh melalui beberapa prosedur untuk mendapatkan sampel tisu.

Sumber: Instagram