Syed Saddiq berjaya raih RM1 juta untuk Muar, tangisan di garisan penamat menyentuh hati. 'Rasa hendak pitam, muntah, kejang'

Iklan

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuktikan bahawa semangat juang dan keazaman tinggi mampu mengatasi segala keperitan fizikal apabila berjaya mengumpul RM1 juta untuk kebajikan untuk masyarakat Muar.

Sebanyak RM1 juta bantuan kebajikan berjaya dikumpulkan dan selepas berjaya menamatkan pertandingan triatlon berprestij, Ironman Malaysia 2025 dalam masa kurang 13 jam.

Iklan
Iklan

"Saya lakukan ini untuk Muar. Ya, tangisan yang benar-benar datang daripada hati dan tangisan saya bukan biasa-biasa. 

"Ia hodoh, penuh emosi. Tetapi semuanya berbaloi," kongsinya.

Iklan

Menerusi perkongsian video yang memaparkan detik beliau melepasi garisan penamat sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan menahan sebak, Syed Saddiq turut mengakui bahawa cabaran itu benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mentalnya.

Iklan

"Berkali-kali saya hampir pitam, seluruh badan kekejangan, keluar masuk tandas kerana muntah, dan makanan langsung tidak dapat dihadam.

"Namun akhirnya rekod peribadi baharu tercipta. 2024 catatan masa 13 jam 13 minit manakala 2025 pula 12 jam 22 minit.

"Saya berjaya memotong masa sebanyak 48 minit, walaupun larian kali ini amat sukar dan benar-benar menyeksakan," luahnya.

Terdahulu, wakil rakyat muda itu menyahut cabaran syarikat pengeluar pakaian tempatan, Prima Valet, untuk menamatkan tiga disiplin cabaran Ironman iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180 km, dan berlari 42.2 km dalam masa di bawah 13 jam.

Perkongsian anak kepada Syed Abdul Rahman Syed Abdullah dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet, yang rata-rata mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa terharu atas pengorbanannya demi masyarakat Muar.