'Selamat berehat mak.' Ibu Zul Huzaimy meninggal dunia susulan komplikasi buah pinggang

Iklan

PELAKON dan pengarah Zul Huzaimy berkongsi berita kehilangan ibunya yang menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.

Menerusi Insta Story, pemilik nama penuh Zul Huzaimy Marzuki itu berkongsi video detik akhir dirinya bersama bonda tercinta.

Iklan
Iklan

"Selamat berehat mak," titipnya ringkas namun cukup menyentuh hati.

Sementara itu, isterinya, Nur Ernawati Mohamed Nur, sempat menitipkan luahan kesedihan atas kehilangan ibu mentua yang disifatkannya sebagai seorang yang paling ikhlas.

Iklan

Lebih menyentuh hati, pemergian Allahyarham berlaku selepas bacaan tahlil dan solat hajat oleh ahli keluarga.

Iklan

"Innallilahiwainnaillahirojiun. Pergi dunia mana sekalipun aku takkan dapat mak seperti ini.

"Mak tidak pernah membuat Na rasa yang Na ini menantu. Macam mana mak melayan anak-anak mak, begitulah mak melayan Na. Mak menegur anak-anak mak pun, begitu jugalah mak menegur Na.

"Mak ialah contoh mak mentua yang paling ikhlas dalam dunia. Terima kasih, ya ALLAH kerana meminjamkan mak. 

"Terima kasih, mak, kerana mendidik akhlak anak mak. Rezeki Na dapat suami seperti Angah. Ampunkan dosa kami, anak-anak mak, halalkan makan minum kami.

"Mak, hari ini mak tinggalkan mama Na. Mak ialah satu-satunya peneman mama selama ini, teman bercuti dan teman bercerita.

"Kali ini mak pergi dahulu ke tempat yang paling indah, mengatasi semua tempat yang pernah kita kunjungi bersama mak.

"Semoga mak tenang di dunia baru mak. Semoga syurga menjadi tempatmu mak. Alhamdulillah, urusan pemergian mak dipermudahkan semuanya. Cantik mak pergi selepas solat hajat dan tahlil kami adik-beradik.

"Ya ALLAH ya Tuhanku ampunilah segala dosanya kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya,lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-MU.

"Wahai Tuhan yang Maha Pengasih kurniakanlah kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi dugaan ini Ya ALLAH. Amin, ya rabbal alamin. Al Fatihah," kongsinya.

Sementara itu, pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai  menerusi Instagram berkongsi berita pemergian Allahyarham susulan komplikasi buah pinggang.

Turut dimaklumkan, jenazah Allahyarham diuruskan di Surau Damansara Perdana.