'Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan!' – Ibu Dr Afifah  tampil bersuara, umum ambil tindakan undang-undang

Iklan

“SEBAGAI seorang ibu, saya amat sedih apabila nama keluarga dibawa ke tengah-tengah perhatian umum dengan cerita yang tidak benar.”

Itulah luahan penuh emosi Dr Zailah Zainudin, ibu mentua kepada penyanyi Nubhan selepas berdepan pelbagai tuduhan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, ibu kepada Dr Afifah itu 

meluahkan rasa sedih apabila nama dan maruah keluarganya diperkatakan secara terbuka dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar.

Iklan

Mahu menghentikan fitnah terhadap keluarganya, beliau menolak konflik terbuka dan menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil demi melindungi maruah.

"Saya tidak pernah mencari perhatian, apatah lagi mahu bergaduh dengan sesiapa. Apa yang saya harapkan hanyalah ketenangan buat anak-anak dan cucu-cucu saya yang kini turut terkesan dengan apa yang berlaku.

Iklan

"Saya telah melantik peguam daripada Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran yang berunsur fitnah. 

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga. Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan," kongsinya.

Dalam masa yang sama,  bekas pensyarah itu juga memohon agar fitnah dihentikan dan percaya bahawa kebenaran akan terbukti akhirnya.

"Kepada pihak-pihak tertentu yng terus menyebar fitnah, saya mohon agar hentikanlah cerita yang tidak pasti kebenarannya. 

"Jangan menambah luka dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan. 

"Saya yakin dan percaya insya-ALLAH kebenaran akhirnya akan diketahui.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai," titipnya.

Sekadar makluman, Nubhan memfailkan perceraian terhadap Dr Afifah selepas 10 tahun berkahwin.

Penyanyi itu telah melafazkan cerai terhadap Dr Afifah pada 26 Ogos lalu ketika berada di dalam kereta dan melalui proses permohonan pengesahan lafaz talak itu yang difailkannya sendiri pada awal September lalu.

Selain itu, dia juga memfailkan hak penjagaan kekal dan interim terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada bulan yang sama.

Sumber: Facebook