'Terima kasih kenangan sembilan tahun...' - Banglo milik Rebecca Nur Al Islam dilelong?

Iklan

TULAR di media sosial iklan mengenai kediaman mewah yang didakwa milik pelakon, Rebecca Nur Al Islam telah dilelong mulai hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial X , nilai asal banglo banglo tiga tingkat terletak di Ampang itu ialah RM4.5 juta dan dilelong dengan harga RM2.91 juta.

Iklan
Iklan

Berkeluasan 8,224 kaki persegi, hartanah itu dilengkapi kolam renang.

Sementara itu, berita mengenai lelongan tersebut juga turut mendapat perhatian ramai di Facebook apabila tersebar iklan mengenainya.

Iklan

Meskipun pada hantaran berkenaan tidak memaparkan maklumat secara terperinci namun, tinjauan pada ruangan komen mendapati rata-rata warganet mendakwa Rebecca adalah pemiliknya.

Iklan

Rebecca menerusi Instagram berkongsi luahan tentang kediamannya yang telah dihuni selama sembilan tahun.

"Reda, hidup harus diteruskan. Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan saya dan anak-anak saya. Aamin.

"Terima kasih kenangan sembilan tahun di rumah ini," titipnya.

Imbas kembali September lalu, aktres berusia 39 tahun itu berkongsi sudah bercerai berpisah dengan bekas suaminya dan selesai menjalani idah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  tujuh cahaya mata termasuk dua orang anak angkat.