Safura menangis terima lagu dari suami, Sahronizam Noor reda dengan ujian kesihatan: 'Banyak rintangan kita lalui bersama...'

Iklan

KADANG-kadang, cinta dan ujian datang serentak, mengajar kita erti kesabaran dan keikhlasan. 

Itulah yang dirasakan pelakon Safura Yaacob apabila menerima kiriman mesej istimewa beserta lagu bertajuk Seadanya Aku daripada suaminya, aktor Sahronizam Noor, yang kini sedang melalui proses pemulihan selepas pembedahan membuang ketumbuhan pada bahu kanannya.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian di TikTok, Safura memuat naik swafoto mesra bersama suami, dengan lagu itu mengiringi detik penuh emosi. 

Baginya, lirik lagu tersebut bukan sekadar nyanyian, sebaliknya seperti luahan hati suaminya yang masih bergelut dengan kesihatan.

Iklan

“Tiba-tiba malam ini dapat mesej dari suami dengan lagu ini. Sedih hati dengar kata-kata ini… seolah-olah dia meluahkan segalanya di sini.

"Aku mendengar dengan jiwa yang luluh dalam titis air mata. Serah segalanya pada ALLAH kerana DIA yang mengatur hidup kita sebaiknya.

Iklan

"Sungguh banyak rintangan yang kita lalui bersama. Reda… moga jodoh itu ada,” kongsi penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2006.

MENJALANI PEMBEDAHAN

Untuk rekod, perjalanan kesihatan Sahronizam, 53, memang tidak mudah. Pada Ogos lalu, dia memulakan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ampang, sebelum dirujuk ke Hospital Ampang dan seterusnya menjalani MRI di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 September.

Walaupun sudah menjalani pembedahan, keadaan dirinya masih belum stabil dan masih menunggu keputusan makmal bagi mengetahui jenis ketumbuhan tersebut.

Buat masa ini, Sahronizam berehat daripada penggambaran, namun dia berhasrat untuk kembali bekerja pada Disember depan.

Dalam perkembangan sama, pelakon itu turut menerima seadanya apa jua keputusan makmal mengenai ketumbuhan yang dialaminya, termasuk kemungkinan ia disahkan sebagai kanser. 

Malah, dia juga bersedia menjalani rawatan susulan seperti radioterapi, sambil menganggap setiap ujian sebagai ketentuan dan takdir daripada Yang Maha Esa.